Konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala
SIBU: Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di sini pada Khamis.
Masih belum dipastikan bagaimana kejadian dipercayai kira-kira pukul 7 malam itu berlaku namun Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikatakan berasal dari Pahang itu.
“Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas. Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan dua anggota lain turut berada di rumah tersebut semasa kejadian. Bernama
Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, petang tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Pahang.
Beliau berkata, mangsa baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas Konstabel.
“Ibu Pejabat Daerah Sibu sedang menyiasat kejadian petang tadi dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua anggota lain turut berada di rumah sewa berkenaan.
You must be logged in to post a comment.