[VIDEO] Bersaiz Luar Biasa, Paparan Iklan Digital Di KLCC Junction Ini Bakal Jadi Tarikan

Big Tree, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia, juga anak syarikat milik Media Prima Berhad telah melancarkan CuBig @ KLCC Junction, skrin digital terbaru dan terbesar baru-baru ini

Menerusi dalam satu kenyataannya, skrin yang besar itu terletak di Jalan Ampang, berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas, akan menarik perhatian pengguna jalan raya dan pejalan kaki di persimpangan antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee.

Skrin digital CuBig @ KLCC Junction mempamerkan paparan yang jelas dan keupayaan anamorfik di mana khalayak ramai mampu melihat paparan 3D seperti kehidupan sebenar pada skrin digital bersaiz besar.

Teknologi seni digital tersebut juga menawarkan pandangan stereoskopik 3D dari sudut tertentu membenarkan khalayak ramai melihat kedalaman dan kekukuhan visual yang dipamerkan.

Tonton video penuh di bawah skrin CuBig @ KLCC Junction:

Nama Impulse by Big Tree telah dipilih sebagai nama pelancaran

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Shukor Ariffin, pengiklanan luaran memangkin kekukuhan hubungan pelanggan dengan pengguna dengan cara memikat perhatian khalayak ramai semasa mereka menjalankan rutin harian.

“Skrin bersaiz besar ini mampu memukau ramai pengguna jalan raya di pusat bandar, terutama sekali ketika berada di persimpangan jalan raya utama ini,” katanya.

Pelancaran ini dilakukan secara atas talian. Nama Impulse by Big Tree telah dipilih sebagai nama pelancaran untuk memenuhi pemahaman bahawa media pengiklanan luaran melahirkan kesedaran jenama pengiklan serta mempengaruhi naluri tingkah laku pengguna.

Wow hebatnya! Apa pun berhati-hati di jalan raya ya jangan sampai terpukau lama sangat okay 🙂 – Seismik

Wajah Cantiknya Terpampang Di Billboard Jalan Duta, Siapa Dia?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker