Arab Saudi buang frasa ‘Muslim sahaja’ di papan tanda ke Madinah

Langkah tunjukkan sikap toleransi kerajaan terhadap bukan muslim

 Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah menggantikan frasa ‘Muslim sahaja’ atau ‘Muslims Only’ di papan tanda lalu lintas menuju ke Masjid Nabawi di Al-Madinah Al-Munawwarah, tempat suci kedua Islam selepas Makkah.

Beberapa gambar dikongsi di media sosial yang menunjukkan sekurang-kurangnya salah satu papan tanda lebuh raya kini digantikan dengan perkataan ‘Ke Kawasan Haram’ atau ‘To Haram Area’ yang merujuk kepada masjid di Madinah atau tempat suci.

Kebanyakan netizen Arab Saudi menyifatkan papan tanda baharu itu menunjukkan sikap toleransi kerajaan ultra-konservatif terhadap bukan-Muslim, yang dilarang keras memasuki kawasan suci.  

Di Madinah, hanya orang Islam yang dibenarkan berada di Dataran Nabawi. 

Sementara yang lain pula berpendapat, tindakan itu membantu mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong yang datang daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Ia merupakan aspirasi program Wawasan 2030 Arab Saudi yang dimulakan oleh Putera Mahkota Mohammad Bin Salman bertujuan untuk memacu ekonomi berasaskan minyak negara itu ke arah industri alternatif, termasuk pelancongan dan maklumat, komunikasi dan teknologi.

Setakat ini belum ada penjelasan atau kenyataan rasmi berkaitan dengan papan tanda jalan raya baharu itu. – Agensi

Najib didenda RM3,000, restoran nasi ayam dikompaun RM10,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker