Wajah Cantiknya Terpampang Di Billboard Jalan Duta, Siapa Dia?

Share

Pandang kanan pun dia pandang kiri pun dia. Siapa ada nampak billboard ni sepanjang highway?

Penuh Highway!

Berdebar-debar jugak hati ni ha. Tak puas hati betul gais, sepanjang jalan memang wajah dia jer. Macam melampau sangat ni! Bukan apa, sebab cantik sangat. Dengan pakai baju purple, wajah pun dah macam perempuan Melayu terakhir dah. Ish, siapalah dia ni kan?

Kami jer perasan atau anda pun terperasan jugak? Mesti masa anda lalu kat highway tu dok nampak wajah dia jer kan? Try cari tak? Kami pun dah mula lah mencari-cari menggunakan khidmat ‘bomoh’ internet.

Di billboard terpampang jenama produknya Noir (sebutan Nowa), unik betul nama jenama ni. Dengan tagline ‘Kekal Muda Dengan Noir’. So carilah key point ni. Harap-harap dapatlah jumpa siapa si dia. Haish dah macam nak cari jodoh pulak!

Nama produk pun dah unik. Mesti ada something di sebalik jenama dia ni. Sebab unik sangat. BiLa dah search, SAH! Produk kecantikan. Patutlah wajah di billboard tu cantik paras rupanya. Kena sangat dengan jenamanya.

Kami gali lagi gais, nak tahu siapa empunya badan yang menghantui kami sepanjang Jalan Duta ni. Dan akhirnya kami dah dapat jawapan! Anda nak tahu tak siapa dia? Baca kat bawah ni.

Siapa Dia?

Pemilik wajah cantik ni adalah Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu. Dia dah menjalankan perniagaan ni baru 3 tahun jer lagi tapi dah ramai orang mengenali dia. Muda trang tang tang lagi gais tapi dah kahwin, sorry melepas…

Madammu ni sebenarnya minat sangat dengan kecantikan dan penjagaan kulit. Boleh dikatakan dia selalu berkongsi tips kecantikan di media sosialnya sampaikan viral jugaklah.

Jadi dah alang-alang ada pengikut dan ramai yang amaze dengan kecantikan dia, terus dia keluarkan produk kecantikan untuk bantu lebih ramai lagi wanita kat luar sana untuk dapat kulit yang sihat dan cantik!

Produk kecantikannya dah pun menembusi pasaran luar negara yer. Antaranya seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Gila hebat kan?

No wonderlah billboard Madammu ni ada di mana-mana. Lepasni dah tak perlu tercari-cari dah siapa gerangan wanita cantik berbaju purple tu. Semuanya dah terjawab! Satu jer kami nak pesan, anda hati-hati di jalan raya dan jangan sampai terleka dan terpana dengan kecantikan Madammu ni pulak ya!- RotiKaya

Slogan ‘Billboard’ untuk sorok kegagalan bantu rakyat Sabah, kata Najib

 

Leave a Reply