Hina pembuat kertas soalan SPM, 2 remaja ditahan

Hina pembuat kertas soalan SPM, 2 remaja ditahan

Dua remaja ditahan bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Hulu Selangor Suffian Abdullah, berkata penahanan dua remaja berusia 18 tahun itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, 10.53 pagi semalam.



“Video tular di TikTok dan Facebook itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Suffian berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor menyerbu rumah suspek dan menahan mereka sebaik menerima laporan.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dalam serbuan berkenaan.



“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan. FMT

Hina pembuat kertas soalan SPM, 2 remaja ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker