Iman Troye – Pejam Celik Hari Raya [Video]



Sebaran :

Iman Troye – Pejam Celik Hari Raya [Video]. Trending Number #1 for Music on YouTube!! And also hitting the 3Million Views within less than 3 weeks!

Video terbaru Iman Troye – Pejam Celik Hari Raya [Video] viral di Youtube

BERBAKI lebih kurang 10 hari sebelum menyambut lebaran, penulis tidak ketinggalan menghabiskan masa dengan menghayati koleksi lagu-lagu raya klasik.

Namakan sahaja, Dendang Perantau, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Sesuci Lebaran dan banyak lagi lagu raya malar segar yang sentiasa relevan di bibir kebanyakan daripada kita biarpun masa berputar berdekad lamanya.

Selepas menanyakan kepada seorang rakan tentang lagu raya terkini, dia menyarankan single baharu nyanyian penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Iman Troye berjudul Pejam Celik Hari Raya.

Secara peribadi, karya ciptaan A. Ramlee dan Ezra Kong tersebut boleh disifatkan sebagai lagu raya moden yang mudah melekat di halwa telinga pendengar. Rancak, terkandung lirik yang mudah difahami dan diikuti (terutama golongan milenium) serta memiliki komposisi muzik yang bagus.

Semua kualiti tersebut diperkuat dengan pengaruh Iman yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Kualiti vokal? Itu perkara yang ingin dibawa berbincang tentang si pelantun lagu Teman itu.

Identiti Iman Troye

Iman bukan penyanyi berlistrik vokal ‘powerhouse’, namun dia mempunyai identiti dan pengaruh yang tersendiri. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan, identitinya yang dimaksudkan adalah apabila mendengar suaranya di corong radio, orang akan terus berjaya meneka dialah pemilik suara yang dilaungkan.

BIARPUN tidak mempunyai kemampuan vokal tinggi, namun Iman memiliki kelebihan dari segi pengaruh dalam media sosial.

Bukan berniat untuk merendahkan atau terlalu menyanjung bakat nyanyian Iman, namun penyanyi berusia 18 tahun itu mengingatkan kepada Nabila Razali. Mempunyai pengaruh besar dalam dunia digital tetapi bakat nyanyian tidaklah terlalu mendunia.

Cuma itu tidak bermakna Iman bukan penyanyi yang bagus. Ramai penyanyi hebat di dunia ini tidak mempunyai vokal yang tinggi, namun mempunyai karisma dan identiti yang tersendiri sekali gus membuatkan diri mereka disambut serta disanjung tinggi. Sebagai contoh, Britney Spears.

Memandangkan Pejam Celik Hari Raya satu karya dibikin khas untuk perayaan, apa yang boleh dikatakan, karya berkenaan merupakan satu pekerjaan yang cemerlang diterjemahkan dalam bentuk melodi bahkan nukilan lirik.

Sedikit moden atau kontemporari, A. Ramlee dan Ezra sebenarnya memilih penyanyi yang tepat untuk melaungkan karya mereka. Syabas!

Baca : https://mykmu.net/2021/04/17/biodata-dan-latar-belakang-iman-troye-imantroye/



Like FB MyKMU disini

 

Biodata dan Latar Belakang Iman Troye (Imantroye)

 


Sebaran :


Leave a Reply