Gara-gara digigit serangga, lelaki tunjuk kemaluan


Tindakan seorang lelaki yang menunjuk kemaluannya pada seorang juruwang wanita di sebuah kedai runcit mengundang padah apabila perbuatannya itu tular di media sosial Twitter sejak semalam.

Video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan seorang lelaki berbaju putih memarahi pelaku (baju biru) kerana dia dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada juruwang tersebut.

Pelaku juga dipercayai memberikan alasan kemaluannya digigit serangga dan dia ‘terpaksa’ mengeluarkan kemaluannya di tempat awam bagi menghilangkan kesakitan tersebut.

Lelaki berbaju putih itu mengambil keputusan untuk memarahi perbuatan pelaku yang dianggap tidak senonoh kerana melakukan gangguan seksual kepada juruwang di kedai runcit itu.



“Kau ni gila ke? Kalau tak gila, kenapa kau tunjuk kemaluan kau depan perempuan? Kalau kena gigit pun, kenapa kau tunjuk kat luar kemaluan kau?,” marahnya pada lelaki itu.

Pelaku segera meminta maaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Malahan, dia juga berkata dia tidak akan datang ke kedai tersebut selepas ini.

Menurut pengguna Twitter, @n4emannn, berkata, lelaki tersebut telah menunjukkan kemaluannya pada juruwang itu sebelum dia beredar dari tempat kejadian.

“Untuk pengetahuan semua, lelaki itu sudah menunjukkan kemaluannya sebelum saya sampai di sini lagi dan sudah tentu perempuan (juruwang) tersebut terkejut.



“Bukan itu saja, dia juga datang semula ke kedai untuk buat perkara yang sama,” jelasnya. K Online

Dalam LRT pun boleh onani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker