Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing

Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing

KAMPAR: Seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza di kilometer (km) 23.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Mangsa, Mohd Erilzuddin Affendi Mohd Amir, 45, merupakan penunggang motosikal Jenis Honda Vario disahkan maut di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.40 pagi.

Katanya hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas kereta Perodua Alza yang datang dari arah Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki arah bertentangan.

“Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan terbabit berada di bahu jalan menghala ke Kampar.

“Berdasarkan kedudukan kedua-dua kenderaan, kereta Perodua Alza dipercayai datang dari arah Kampar menuju ke Ipoh, sementara motosikal datang dari arah bertentangan.



“Ketika di lokasi kejadian, Perodua Alza berkenaan telah berpusing dan masuk ke laluan bertentangan di mana motosikal itu sedang bergerak menghala ke Kampar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Nazri, penunggang motosikal, Mohd Erilzuddin disahkan maut di tempat kejadian sementara pemandu Perodua Alza, Hani Bahiyah Bahari, 42 telah dibawa ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa akan dijalankan pada jam 3 petang hari ini di Jabatan Forensik Hospital Kampar,” tambahnya lagi. Aw



Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker