PRN Melaka: Rafiq depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain

PRN Melaka: Rafiq depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain

Bekas wakil rakyat Bersatu, Noor Effandi Ahmad yang terbabit dengan gerakan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali dari Umno, akhirnya muncul pada saat-saat akhir kempen pilihan raya negeri Melaka.

Dia tampil membidas Ketua Bersatu Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen yang menurutnya cuba memainkan isu perkauman ketika kempen PRN Melaka berlangsung.



“Dia kata kalau dengan PH, Melayu tak sokong. Lagi satu dia minta bukan Melayu tinggalkan PH.

“Saya rasa ini bukan lagi satu zaman politik depan Melayu kita cakap guna sentimen perkauman, tapi depan orang Cina kita cakap lain,” katanya pada sidang media di Telok Mas hari ini.

Noor Effandi, merupakan bekas Adun Telok Mas, dipecat daripada Bersatu selepas menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman.

Selepas kejatuhan kerajaan Umno-Bersatu Melaka, Rafiq berpindah daripada kerusi disandangnya di Paya Rumput untuk bertanding di Telok Mas.



Paya Rumput mempunyai 62 peratus pengundi Melayu manakala Telok Mas mempunyai 74 peratus pengundi Melayu.

Noor Effandi, pada sidang media hari ini, menyatakan sokongan kepada calon PH bagi DUN Telok Mas, Ashraf Minghat dari Amanah.

Noor Effandi menuduh Rafiq “lari” daripada kawasannya kerana mengetahui dia tidak akan mendapat sokongan bukan Melayu.

“Sebab dia pun lupa diri agaknya, sebab di Paya Rumput satu DUN yang hampir 40 peratus bukan Melayu, dia pun menang dengan sokongan 40 peratus pengundi yang bukan Melayu.



“Saya rasa saya tak perlu jawab, kenapa dah menang Paya Rumput, hari ni lari pula ke Telok Mas?

“Maknanya, naib presiden Bersatu ini takut kekal di Paya Rumput kerana tahu akan kalah,” katanya.

Rafiq sebelum ini memberitahu pemberita bahawa keputusannya untuk bertanding Telok Mas adalah kerana ia adalah kampung halamannya.

Dia juga menafikan bahawa Telok Mas akan menjadi kerusi yang lebih selamat untuknya, selain berkata Bersatu telah memenangi kerusi itu pada 2018 dengan margin yang jauh lebih kecil berbanding majoriti yang diperolehinya di Paya Rumput ketika bersama PH pada 2018.



Bersatu kini menjadi sebahagian daripada gabungan PN bersama PAS dan Gerakan.

Minggu lalu, Mohd Rafiq berkata parti itu hanya boleh memenangi dua daripada enam kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum 2018 kerana bekerjasama dengan DAP.

Calon Telok Mas itu berkata, sukar untuk Bersatu mendapat sokongan padu daripada orang Melayu di Melaka ketika berada dalam PH, kerana masyarakat dikatakan keberatan mengundi parti yang dikaitkan dengan DAP.

Ahli politik itu kemudiannya memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara bahawa orang bukan Melayu harus meninggalkan PH.



Katanya adalah satu kerugian bagi mereka untuk terus menyokong gabungan itu yang didakwanya tidak mempunyai harapan untuk membentuk kerajaan negeri.

Noor Effandi bulan lalu, bersama tiga lagi Adun menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Tiga Adun yang lain ialah Idris Haron dan Noor Azman Hassan dari Umno dan Adun Bebas, Norhizam Hassan Baktee yang dahulunya daripada DAP.

Mereka cuba membentuk kerajaan baru dengan PH tetapi dihalang selepas Sulaiman memohon pembubaran DUN, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya negeri.



PKR meletakkan Idris di Asahan manakala Amanah menurunkan Noor Azman di Pantai Kundor sebagai calon PH selepas mereka dipecat daripada Umno.

Noorhizam pula bertanding sebagai calon Bebas di Pengkalan Batu manakala Noor Effandi tidak bertanding dalam pilihan raya berkenaan. Mk

PRN Melaka: Rafiq depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker