[VIDEO] “Terbaik Tun! Kita Geng” – Najib Razak Puji Mahathir
Dalam hal politik, jarang sekali untuk melihat dua figura ini – bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai ‘pandangan yang sama’ atau sekapal.
Namun, situasi itu berbeza apabila melibatkan isu ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
LIHAT VIDEO DIBAWAH:-
[videopress eKf4L7ON]Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan memuji sikap Ahli Parlimen Langkawi itu yang mengaku bersalah selepas melanggar SOP kerana tidak mengambil suhu badan ketika masuk ke sebuah surau di Langkawi pada Sabtu lalu
“Terbaik Tun! Tak mahu double standards. Kita geng,” demikian tulis Najib dalam entri di Facebooknya.
Pada 19 Mac lalu, Najib mengaku kesilapan beliau tidak mengimbas MySejahtera ketika makan di kedai dan meminta pihak berkuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadapnya disebabkan kecuaian tersebut.
Susulan itu, beliau didenda RM3,000 sementara restoran nasi ayam yang dikunjunginya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.
Dr Mahathir pula memohon maaf di atas tindakannya yang dikatakan telah melanggar SOP semasa tempoh PKP di Langkawi pada Sabtu lalu
“Tun kata “COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan.
“SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan.”
“Jadi, apa pandangan Tun berhubung gambar-gambar ini. PM8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berjalan-jalan tanpa pakai mask di lobi hotel.
“PM8 pulang dari Arab Saudi dan UAE (Emiriah Arab Bersatu) tapi dia dan rombongan dia tak asingkan diri untuk kuarantin. Terus meeting dengan menteri kanan tak HD serta geng dia yang datang sambut dia sebaik sahaja turun dari kapal terbang.
“Menteri kanan tak HD buat meeting beramai-ramai hanya enam hari selepas pulang dari luar negara di mana dia banyak kali buat meeting beramai-ramai di sana pada ketika kerajaan telah naikkan semula tempoh kuarantin dari tujuh hari empat belas hari sebab bimbang kemasukan varian-varian baru lebih berbahaya merebak ke dalam negara,” sindir Najib.
Najib turut mempersoalkan Dr Mahathir adakah perlu wartawan menyoal pelaku tersebut atau meminta penjelasan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.
“Ataupun Tun yang tak suka double standards akan terus terang soal mereka? Saya pernah tanya tapi mereka tak layan. Tengok nasib Tun pula,” soal Najib.