SOP ‘Ke Laut’, kes COVID-19 naik – Dr Noor Hisham

Meskipun sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, namun Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui aspek pematuhan tidak mencapai tahap diharapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan banyak pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Tetapi memandangkan pemulihan ekonomi penting, saya setuju dengan (semua pihak) perlu patuh SOP.
“(Pematuhan) SOP ‘ke laut’ sekarang, dan anda dapat lihat trend (kes) menaik sekarang,” ujarnya dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI hari ini.

Dr Noor Hisham juga berharap semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran seperti apa yang berlaku sebelum ini termasuk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

“Bayangkan jika Pilihan Raya Negeri Sarawak tetap dilaksanakan, ia memberi risiko kepada peningkatan kes yang mendadak,” ujarnya.

“Data menunjukkan trend meningkat jika kita membenarkan aktiviti seperti perjalanan rentas negeri, balik kampung dan sambutan,” ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, semua pihak perlu lebih berwaspada ketika ini memandangkan varian Afrika Selatan dikesan di Selangor dan telah merebak ke Negeri Sembilan, Perak, Kelantan serta Kedah.

Terdahulu, empat varian COVID-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria serta India.

Beliau berkata, bagi varian UK atau B.117, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes dari luar negara telah menjangkiti komuniti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker