Nikmati 4 perisa dalam 1 pizza bersama ‘Top Secret Quattro’ daripada Domino’s


Sos yang enak pastinya mampu membawa perbezaan kepada setiap peminat piza.

Kini, Domino’s piza memperkenalkan Top Secret Quattro serba baharu yang menampilkan empat perisa sos kegemaran ramai iaitu Tuna Temptation, Vegie Fiesta, Classified Chicken dan Chicken Confidential dalam satu piza.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, kini semua pelanggan dapat menikmati satu piza dengan empat pilihan sos.

“Dengan penambahan Top Secret Quattro ini, pelanggan juga tidak perlu memilih antara empat perisa piza yang berbeza, sebaliknya kesemua itu dapat dirasa dalam satu piza.



Nikmati 4 perisa dalam 1 piza bersama ‘Top Secret Quattro’ daripada Domino’s
“Sos dengan campuran krim, keju dan bawang putih ini dibuat pada tahun 2018 di mana telah memikat jutaan hati peminat piza kerana rasanya yang sungguh enak,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Linda berkata pelancaran Top Secret Quattro adalah tanda sokongan luar biasa dan sambutan positif para pelanggan terhadap piza mereka.

“Kami sangat bangga dengan Top Secret Sos kerana ini yang membuatkan kami berbeza dengan pesaing lain.



“Kami tahu rakyat Malaysia sudah biasa dengan piza yang dihiasi dengan sos klasik berasaskan tomato, jadi kami di Domino’s membawakan kelainan berbeza yang pasti mampu menambat selera ramai.

“Dengan tawaran Top Secret Suace yang menggunakan empat perisa dalam satu quattro, bukan hanya dapat memberi pelanggan peluang untuk mencuba pelbagai rasa malah mampu menjimatkan masalah mereka,”.

Tambah Linda, Domino’s Top Secret Quattro baharu tersedia dalam saiz sederhana dan besar di kedai Domino’s seluruh negara.

“Pelanggan juga dapat menikmati tawaran baharu ini dengan Domino’s Everyday Value dengan potongan sebanyak 50 peratus atau tawaran Beli 1 Percuma 2 serta jimat hingga RM41.40.



“Selain itu, pilihan piza klasik hadir dengan bayaran tambahan sebanyak RM3.90 dan RM4.90 untuk pizza saiz sederhana dan besar.

“Selain daripada tawaran itu, pelanggan juga dapat membeli Top Secret Quattro baharu dengan promosi lain yang sedang berlangsung,” jelasnya.

Untuk melakukan pembelian, orang ramai boleh kunjungi kedai Domino’s atau pesan secara dalam talian di http://www.dominos.com.my/. MG

https://mykmu.net/2017/11/10/domino-akan-belanja-rm15-juta-buka-30-cawangan-bukankah-negara-akan-bankrap-kata-pembangkang/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker