Banduan lari panjat pagar mahkamah hanya sempat ‘enjoy’ 4 jam



Sebaran :

Banduan lari panjat pagar mahkamah hanya sempat ‘enjoy’ 4 jam
KUDAT: Banduan lari panjat pagar mahkamah hanya sempat ‘enjoy’ 4 jam dengan memanjat pagar Mahkamah Kudat, sebelum berjaya diberkas semula pada 7 malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang, banduan lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan dibawa ke mahkamah berkenaan untuk sebutan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 411 kanun sama.

Bagaimanapun, selepas sebutan kes, Banduan lari  dengan memanjat pagar mahkamah.



Banduan itu bagaimanapun berjaya ditahan semula oleh polis di kawasan Kampung Pengaraban, kira-kira 7 malam.

Difahamkan, lelaki itu sedang menjalani hukuman setahun penjara di Penjara Kepayan mengikut Seksyen 380 KK.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian. FMT



baca juga : https://mykmu.net/2021/01/21/gaduh-punya-pasal-banduan-masukkan-botol-budu-ke-dubur-mangsa/

Jangan lupa like FB MyKMU

Video pergaduhan tular: Lan Pet Pet buat laporan polis


Sebaran :


Leave a Reply