Pendedahan Hamid: Alasan SPRM ‘tak masuk akal’ kerana pemimpin Bersatu terlibat

Pendedahan Hamid: Alasan SPRM ‘tak masuk akal’ kerana pemimpin Bersatu terlibat
Pendedahan Hamid: Alasan SPRM ‘tak masuk akal’ kerana pemimpin Bersatu terlibat, kata Aziz Kaprawi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat terpaksa mengeluarkan alasan tidak munasabah hanya kerana dakwaan dibuat bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador membabitkan pemimpin Bersatu, kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ab Aziz Kaprawi.

Aziz yang juga bekas timbalan menteri pengangkutan berkata, alasan diberikan SPRM memberi gambaran kepada rakyat bahawa agensi itu berada bawah “cengkaman” kerajaan Perikatan Nasional (PN), terutama Bersatu selaku parti pemerintah.

“SPRM kelihatan seperti terpaksa mengeluarkan alasan-alasan yang tidak munasabah hanya kerana dakwaan tersebut melibatkan PPBM (Bersatu),” katanya di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata, beliau melihat keenggangan SPRM untuk menyiasat dakwaan Hamid terhadap kegiatan merasuah pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan terhadap kerajaan PN terutama Bersatu adalah amat membimbangkan.

Katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki melalui beberapa kenyataan media sebelum ini memberi alasan bahawa SPRM hanya akan memulakan siasatan sekiranya melibatkan pembayaran wang oleh mana-mana pihak.

“Malah, dakwaan Hamid mengenai wujud campur tangan politik dalam perjawatan kanan PDRM turut dipandang remeh dan hanya menyatakan bahawa ia perlu diselesaikan secara dalaman oleh PDRM.

“Di dalam laman web SPRM sendiri telah menjelaskan bahawa terdapat lapan jenis pemberian rasuah iaitu wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, dan diskaun, mustahil seorang ketua pesuruhjaya tidak mengetahui perkara ini. Ia tidak semestinya melibatkan wang ringgit sahaja!,” kata beliau.

Semalam, Azam dilaporkan berkata siasatan akan dijalankan SPRM sekiranya terdapat laporan mana-mana individu terlibat rasuah politik termasuk pemberian sumbangan untuk meraih sokongan.

Azam berkata, meskipun tiada peruntukan yang melarang pemimpin atau ahli melompat parti, siasatan masih boleh dilakukan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.

Aziz berkata, ia tidak termasuk lagi dengan pelbagai dakwaan lain yang tular sebelum ini mengenai ugutan kerajaan pemerintah terutama semasa pemerintahan Pakatan Harapan demi mendapatkan sokongan pemimpin politik.

“Saya ingin mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden PPBM (Bersatu) untuk tamatkan segera campur tangan politik terhadap mana-mana institusi penguatkuasa sekiranya ada,” kata beliau.

Katanya, SPRM, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain institusi tidak sepatutnya diperlakukan seperti alat politik peribadi semata-mata untuk melindungi kepentingan diri dan parti.

Pemimpin Umno itu juga berkata dengn pendedahan Hamid, seluruh dunia sedang memerhatikan perkembangan isu ini dan tidak mustahil ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap kewibawaan Malaysia selain menjejaskan ekonomi negara yang ketika ini sudah dalam keadaan tenat. FMT

Baca juga : https://mykmu.net/2020/06/07/laporan-sprm-rampas-rm600000-dari-rumah-dua-ahli-armada/

Jangan lupa like FB MyKMU

Adakah Privasi Rakyat Malaysia Selamat? – Aziz Kaprawi

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker