Adakah Privasi Rakyat Malaysia Selamat? – Aziz Kaprawi

1. Isu ‘kebocoran’ audio perbualan telefon yang melibatkan pemimpin politik di negara ini telah melahirkan rasa kebimbangan terhadap pencerobohan privasi rakyat Malaysia.

2. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin Kerajaan PN yang terdiri daripada parti PPBM telah menzahirkan ‘rasa bimbang’ yang melampau-lampau lebih daripada ahli parti UMNO dan PKR sendiri.

3. Sekiranya perbualan telefon tersebut adalah asli, adakah Kerajaan PN telah melanggar hak privasi rakyat dengan memintas dan merakam perbualan telefon?

4. Memang benar bahawa ada di dalam undang-undang yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk memintas dan merakam perbualan telefon tetapi ia mestilah berasas dan mengikut siasatan kes yang sedang berjalan.

5. Malah, ini bukan kali pertama ia berlaku apabila sebelum ini juga terdapat pendedahan perbualan telefon bekas Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Najib Razak.

6. Lebih menakutkan lagi apabila tindakan memintas dan merakam perbualan telefon ini dilakukan tanpa sebab yang kukuh tanpa mendapat perintah mahkamah.

7. Ini menggambarkan seolah-olah Kerajaan PN salah guna kuasa untuk melakukan intipan bagi tujuan politik dan memberi tekanan kepada pihak lawan seperti mana yang diamalkan oleh polis rahsia Nazi, Gestapo.

8. Pelabur luar juga turut melihat perkara ini dan membuat penilaian risiko (risk assessment) dalam pembuatan keputusan samada untuk melabur berbillion dollar di dalam negara yang mana privasi mereka tidak terjamin dan terdedah kepada kebocoran maklumat sulit perniagaan.

9. Isu ‘kebocoran’ audio sekiranya asli merupakan isu pelanggaran privasi dan hak asasi manusia yang merupakan isu sejagat dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

10. Jangan sesekali mencemarkan perlindungan terhadap hak asasi manusia ini demi mencapai matlamat politik kepartian yang sempit!

Aziz Kaprawi

TIGA SOALAN UNTUK LATHEEFA KOYA BERKENAAN RAKAMAN TELEFON NAJIB DAN ROSMAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker