Bagi kontrak kepada syarikat isteri, penjawat awam didakwa


BAGI kontrak pembekalan kepada syarikat milik isteri. Bukan sekali tetapi dua.

Kesudahannya, penjawat awam itu didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Labuan hari ini.

Bagaimanapun, Junaidih Awang, 39, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganugerahkan kontrak pembekalan kepada syarikat milik isterinya, tiga tahun lepas.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Menurut pertuduhan pertama, dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya selaku pembantu tadbir kewangan untuk menerima rasuah sebagai dorongan bagi menganugerahkan kontrak membekalkan makanan dan minuman untuk pejabatnya kepada Aiza Azha Enterprise, melibatkan jumlah RM7,209.25 pada 8 April 2018.

Berdasar laporan Bernama, dia juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM4,542.50 sebagai dorongan untuk menganugerahkan kontrak bekalan alat ganti bagi kegunaan pejabatnya sendiri kepada syarikat sama, pada 4 April 2018.

Baca artikel berkaitan: Minta RM6,000 konon buat bayar kontraktor, tiga staf TNB didakwa menipu

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Kerja Raya Labuan dan dia dituduh menurut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di pejabat SPRM Labuan dua kali sebulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 19-20 Ogos depan untuk sebutan semula. Utv

SPRM tahan penjawat awam beri kontrak kepada ahli keluarga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker