Ibu bagi anak hisap vape bikin netizen panas buntut



Sebaran :


Ibu bagi anak hisap vape bikin netizen panas buntut. WARGANET mula panas hati selepas melihat satu klip video pendek yang dimuat naik menerusi satu akaun Instagram bernama @eykasweet_ yang memaparkan seorang kanak-kanak dipaksa menghisap vape beberapa kali.

Video tular itu mendapat kecaman bertalu-talu daripada warnaget yang menyifatkan tindakan wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu sesuatu yang tidak wajar diperlakukan sedemikian rupa.

Seorang warganet Muhd Lufti meninggalkan komen di dalam video berkenaan dengan berkata “Bodoh yakmat lah mak ayah ko dikk…Semoga mereka diberikan hidayah”.



Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Ryan NasT’Angler menunjukan anak hisap vape itu sudah dikongsi lebih daripada 10,000 kali sejak ia dimuat naik kira-kira 15 jam lalu.

Antara komen yang dilemparkan warganet termasuk:

Nafiz Rashid: “People can report you for abusing your son. Mmg anak kau. Tp ada ka undang2 kalau abuse anak sendiri takboleh diambil tindakan sbb anak kau, suka hati kau? Budak2 kot.. Muka dia pun tak happy bapak dia da bodo sejak dia kecik lagi”



Dyla Nasuha: “Eh tak kisah laa ank kau masih menyusu badan ke apa, nk bangga apa nya ank susu badan kalau sumat kt mulut anak macam2.. Nk ke tgk anak sedut inhaler ke nnti, nk tgk anak kena paru2 basah, nk tgk anak kena sedut sebab asma?? Kena mcm tu bru kau tahu ra…”

Suhaimi Armiex: “Setakat rakyat kecam x jd…kena pihak polis amik tindakkan keatas perbuatan bodoh ni”

Asyiffa Aida: “Tak payah delete. Biar jadi pengajaran. Dah viral nak mintak maaf bagai. Sebelum tu kemain lagi cakap besar! Jadi mak bapak nie biar la ada ilmu, jgn pandai buat anak ja!! Kesian kat budak tu. jd mak bapak tu tolong la tunjuk cth yang baik2.”



Faezah Mateen: “Patutlah mak nya pun jual produk sampah. Otak pun banyak sangat sampah dah tak boleh beza yang baik buruk. Orang nasihat lagi dia perli2. Eeee mental betul la parents macamni 😩”

Dalam pada itu wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak malang itu turut mempertahankan tindakannya dengan “menyekolahkan” warganet supaya tidak menyibuk.

Tinjuan UTV ke akaun Instagram @eykasweet_ mendapati ia telah “diprivate”. Utv



SILA LIKE FB MYKMU

Cukai Keatas Vape Terlalu Rendah


Sebaran :


One thought on “Ibu bagi anak hisap vape bikin netizen panas buntut

  • alahai, apa punya mak bapak lah
    anak tu masih dalam keadaan fitrah suci bersih ibarat kain putih
    benda yang patut dimasukkan ke mulut anak ialah makanan baik2 selain ajaran baik2
    bukan masukkan benda tak baik(tak memberi manfaat & kebaikkan) macam asap vape
    kalau anak tak cerdik, boleh jadi cerdik ke selepas disuruh hisap vape?
    takut jadi cerdik bukan dalam pelajaran(di sekolah) tapi dalam perkara tak baik
    anak kalau dapat penyakit, akan bertambah laknat tuhan pada mak-bapaknya

    Reply

Leave a Reply