Gantung banner elak buluh dikebas kerana raya

Gantung banner elak buluh dikebas kerana raya
REMBAU – Kurang 10 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, seorang penduduk nekad gantung banner bagi mengelak sebarang kegiatan curi buluh serta buah-buahan di kebunnya di Empang Batu Solok Jelawai, Batu Hampar di sini semalam.

Zainidar Idris, 56, berkata, dia mengambil inisiatif berkenaan kerana tidak mahu lagi bersusah payah membeli atau mencari buluh di kawasan lain bagi menyiapkan tempahan lebih 100 batang lemang.

Menurutnya, setiap kali musim perayaan, buluh-buluh muda yang sesuai untuk dibuat lemang akan dikebas orang.

“Bukan sikit yang diambilnya, kadang sampai habis buluh muda di kebun ini. Setiap tahun tidak kurang dalam 50 ke 60 batang buluh dicuri.



“Setiap sebatang buluh itu boleh dikerat kepada 10 ke 12 ruas untuk dijual sebagai buluh lemang. Kalau 60 batang, bayangkan berapa banyak keuntungan yang mereka ambil,” katanya ketika ditemui di Empang Batu Solok Jelawai, Batu Hampar di sini, semalam.

Zainidar yang merupakan seorang guru berkata, sejak 10 tahun lalu, buluh lemang dan buah-buahan di kebun ibu mertuanya, Rajumah Maamor, 75, sering dimasuki pencuri.

“Mereka beri alasan tidak tahu ia adalah tanah persendirian susulan terletak di tepi sungai.

“Jadi saya gantung banner tertera perkataan ‘Tanah Persendirian. Dilarang mencuri buluh dan buah-buahan’.



“Saya harap mereka boleh baca dan tak gunakan alasan tak tahu tanah ini tanah milik orang sepertimana alasan yang diberikan sebelum ini,” tegasnya. K Online

SILA LIKE FB MYKMU

Jom Cuba Lemang Cawan Kukus Sangat Mudah, Tak Perlu Susah-Susah Nak Bakar!



Related Articles

One Comment

  1. patut kena letak kat banner “saya tak halalkan dunia & akhirat apa telah anda curi”
    nanti si pencuri boleh letak banner bersebelahan kata…
    “halalkan & maafkan saja, boleh bertambah pahala tuan”

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker