Pelabur asing mengeluarkan dana dari Malaysia – Najib

Hampir setiap minggu pelabur asing mengeluarkan dana dari Malaysia – Najib. Sebelum PRU14, dana asing asyik masuk.

Selepas PRU14 pula, dana asing mengalir keluar setiap tahun – iaitu dari Mei hingga Disember 2018, tahun 2019 dan tahun 2020.

Tahun 2020 lepas, aliran keluar dana asing dari pasaran saham sekitar RM25 bilion.

“Dis 2020: Foreign investors sell RM25bil of Malaysian stocks year-to-date”
https://www.nst.com.my/business/2020/12/651089/foreign-investors-sell-rm25bil-malaysian-stocks-year-date

Trend ini berterusan tahun ini.

Minggu lepas, RM376.5 juta keluar.

Minggu sebelum itu, RM490.3 juta lari.

Setakat minggu lepas, pelabur asing telah tarik keluar RM2.87 bilion manakala institusi pelaburan tempatan keluarkan RM3.14 bilion.

Hanya pelabur runcit (iaitu orang ramai) yang masukkan RM6.01 bilion tahun ini.

Saya sedar dan saya faham ramai warga Malaysia yang sudah ada minat dan telah melabur dalam saham tempatan sejak PKP 1.0 bermula tahun lalu susulan wang berlebihan dari i-lestari, i-sinar dan moratorium pinjaman.

Tapi perlu ingat bahawa kedua-dua pelabur asing dan pelabur institusi tempatan sedang menjual.

Yang membeli cuma pelabur runcit.

Sebab itu, saya ingin nasihatkan orang ramai untuk lebih berjaga-jaga agar peristiwa tahun 1997-1998 berulang dan ramai orang biasa terperangkap.

Bukan tak boleh labur tapi perlu labur dengan berhati-hati dan tidak melepasi batas kemampuan sendiri.

(kerajaan yang mengaku prihatin tak akan beri nasihat seperti ini)

Jika sudah ada untung, laburlah dalam saham-saham cip biru yang lebih stabil dan selamat untuk jangkamasa panjang.

Sebab saya juga yang pernah cadang i-Sinar, i-Lestari dan moratorium dan saya tidak ingin ada orang kata “ini salah Najib” sekiranya ada sesiapa yang kerugian saham pada masa kelak.

Najib Razak

baca juga : https://mykmu.net/2020/11/16/pelabur-mula-lari-sejak-kelemahan-kerajaan-ph/

JANGAN LUPA LIKE FB MYKMU

Pelabur mula lari sejak kelemahan kerajaan PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker