Pelabur mula lari sejak kelemahan kerajaan PH

oleh Dr Ismail Ali

Malang sungguh Malaysia ditadbir PH.

Dari memecah rekod dengan pertumbuhan 9 tahun berturut-turut, Malaysia kini mengalami penguncupan ekonomi selama 7 suku tahun secara berturut-turut.

Akibat dari ketidak-tentuan polisi, pemansuhan pelbagai projek utama negara dan kejatuhan ekonomi di bawah kerajaan PH, Pelabur hilang keyakinan terhadap potensi Malaysia. Ramai yang telah meninggalkan Malaysia, syarikat asing dan tempatan banyak yang ditutup dan dijual.



Mereka yang masih kekal di sini telah mula mengurangkan pelaburan dalam jentera dan teknologi canggih.

Akibatnya, Pelaburan Modal Tetap, iaitu pelaburan fizikal dalam mesin, kenderaan, peralatan berteknologi moden dan inovasi baru menjadi lembam. Tanpa pelaburan modal tetap, Malaysia telah hilang keupayaan utk merancakkan semula industri pembinaan dengan cepat.

Walaupun keadaan ini sangat membimbangkan kerana bakal menjadi masalah besar kepada pemulihan ekonomi negara, para Pemimpin PH dan pentaksub mereka tetap bangga dengan kerosakan besar yg mereka tinggalkan.

Masih bercakap besar, dan memberi saranan-saranan tak masuk akal sambil mempersendakan usaha kerajaan untuk selamatkan Rakyat dan negara dari kemelesetan ekonomi. Tamat




Nota Editor :

Masalah utama ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan dan para pelabur kurang berminat ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) disebabkan sikap sombong kerajaan dan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.

Kerajaan ketika itu seolah-olah cuba mencetuskan ‘peperangan’ daripada segi ekonomi dengan kebanyakan negara kuasa besar dunia termasuk dengan India, China dan Amerika Syarikat (AS).

Keadaan tersebut menyebabkan ramai pelabur asing enggan datang ke negara ini untuk melabur selama 22 bulan PH memerintah.



“Malah, walaupun ramai pelabur dari AS menarik pelaburan mereka dari negara China berjumlah lebih AS$20 bilion namun mereka tidak berani melabur di Malaysia.

“Sebaliknya mereka memilih negara lain seperti Vietnam dan Thailand serta lain-lain lagi kerana tidak yakin dengan cara pentadbiran kerajaan PH ketika itu. Itulah kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan dengan penuh kontroversi.

Ketika itu pula kewangan negara dijaga oleh seorang yang memang tidak layak untuk menjadi menteri kewangan. Habis semua ekonomi merudum kerana salah titik perpuluhan.

Tidak dinafikan sekarang ini di bawah pemerintahan tidak stabil Muhyiddin, pelabur juga tiada keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.



Kenapa pelabur keluar tinggalkan pasaran Malaysia ?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker