Jangan buat sangkaan BN mahu jatuhkan kerajaan – Asyraf Wajdi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menuduh Barisan Nasional (BN) cuba menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila meletakkan dua syarat untuk menyokong Belanjawan 2021.

Sebaliknya ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan syarat itu kerana ia merupakan permintaan rakyat dan tidak sewajarnya suara akar umbi diabaikan.

“Bagi yang tidak setuju katakan sahaja tidak setuju dan alasannya. Tak perlu buat sangkaan pelbagai kononnya nak jatuhkan kerajaan.

“Cubalah selami suara hati rakyat majoritinya sesak dan terdesak dalam kecemasan kini, hingga menagih dan mengharapkan duit mereka sendiri untuk dikeluarkan.



“Apabila Pemuda UMNO suarakan sokongan, ia hanyalah manifestasi suara rakyat yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

“Jangan nanti kita dihukum rakyat akibat kesombongan kita menafikan suara hati mereka buat kesekian kalinya!” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya pagi ini.

Semalam, Ahmad Zahid menggesa kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus semula sebelum Bajet 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat.

Menurut Ahmad Zahid, Kementerian Kewangan perlu melakukan beberapa penyesuaian bagi memastikan bayaran bulanan RM500 seperti diumumkan sebelum ini ditukarkan kepada pengeluaran secara sekali gus.



Dalam pada itu, Pemuda BN dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia konsisten menyokong pendirian ahli-ahli Parlimen BN untuk menyokong cadangan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ketetapan BN dipertegaskan sekali lagi oleh Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Ahli-Ahli Parlimen BN sepakat menyokong cadangan Pengerusi BNBBC Datuk Seri Najib Razak mengenai kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP secara sekaligus sebanyak maksimum RM10,000,” katanya lagi. MG

Mahathir mahu jatuhkan PH sejak hari pertama jadi kerajaan – Husam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker