Siapa petualang pertahan pencerobohan Hutan Simpan Lesong?

Penjenayah tanah haram perlu dibawa ke muka pengadilan

BANGI, 29 Rabiulawal 1442H, Ahad –  Bongkar dan selongkar sehingga semua penjenayah ini dibawa ke muka pengadilan!

Demikian desakan Naib Presiden Ikatan Muslimin Penjenayah tanah haram perlu dibawa ke muka pengadilanMalaysia (ISMA), Prof Dr  Zanur Rashid Zainuddin mengulas penahanan empat lelaki yang disyaki menceroboh secara haram kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin, Pahang. 

Difahamkan, mereka bukan sahaja menanam pokok durian musang king, malah turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.

Harta karun RM4.2 juta



Kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

Mengulas perkara itu, Dr Zainur Rashid berkata,  tindakan tegas pihak berkuasa ke atas penceroboh  adalah wajar.

Ini kerana, penceroboh berkenaan tidak mempedulikan amaran awal diberikan dengan meneruskan aktiviti menceroboh menggunakan beberapa jentolak, jengkaut dan traktor. 



Isu pencerobohan China: Jangan politikkan kedaulatan negara, pakar beritahu Hisham

“Siapalah dalang pencerobohan ini dan siapakah pula petualang yang mempertahankan jenayah ini ?,” soalnya.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin, Shairani Mamat percaya, percaya pihak terbabit bakal membuka dengan lebih luas kawasan tanaman durian musang king di kawasan ini setelah mendapati terdapat jentolak yang sedang melakukan kerja membersihkan kawasan.



“Kita sudah beberapa kali beri amaran tetapi mereka tidak peduli, jadi kita terpaksa bertindak tegas dengan melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Perompak bersenjatakan pistol larikan RM20,000 dari bank



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker