Lelaki bersenjata serang politeknik, culik pensyarah

Share

LAGOS – Sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang sebuah politeknik di utara Kaduna, Nigeria dan menculik seorang pensyarah dan dua kanak-kanak, kata polis.

Mohammed Jalige, jurucakap polis di Kaduna yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan pasukan polis telah dikerahkan untuk memantau kawasan itu mengesan pengesan penyerang dan melaksanakan operasi menyelamat mangsa dengan segera.

Kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang Politeknik Nuhu Bamali di daerah Zaria di negeri ini pada lewat malam Sabtu, kata Abdullahi Shehu.

Pensyarah dan kanak-kanak itu telah dibawa secara paksaan.

Penyerang dilaporkan telah melepaskan tembakan ke udara dalam usaha menakutkan penuntut dan guru-guru selepas memaksa mereka masuk ke kawasan sekolah.

Pensyarah yang mengajar di Pusat Pengajian Kejuruteraan, Jabatan Elektrik dan Elektronik politeknik itu kemudian dibawa keluar dari kediamannya ke tempat yang tidak diketahui.

Bapa kepada dua anak yang diculik itu pula dicederakan oleh penyerang. MG

Lelaki bersenjata bunuh 18 tetamu majlis kahwin

Leave a Reply