Jom Cuba Lemang Cawan Kukus Sangat Mudah, Tak Perlu Susah-Susah Nak Bakar!


Setiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Ct di Facebook.

LEMANG CAWAN KUKUS

Setiap kali raya mesti wajib ada lemang, kalau tak ada memang rasa tak lengkap lah. Tapi bila beli dekat luar pulak ada yang terlebih kering dan keras. Jadi, untuk mengelakkan benda seperti itu berlaku, korang boleh cuba buat lemang kukus cawan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh di Facebook.



BAHAN-BAHAN

1/2 kilo beras pulut di rendam selama 1 1/2 jam (tos air rendaman)

1/2 kg santan campur bersama 1/2 cawan air

1/2 sudu besar gula



Garam secukup rasa

Daun pisang

Cawan kertas

CARA PENYEDIAAN



Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. Kemudian isikan 3/4 pulut ke dalam cawan kertas tersebut.

Bancuhkan santan, garam dan gula.

Apabila sudah sebati masukkan santan ke dalam pulut tadi biarkan tenggelam sedikit pulut itu.

Kukus selama 45 minit hingga ke 1 jam.



Pastikan air di dalam pengukus sudah mendidih baru letakkan pulut. Siap dan boleh dihidang.

Tips :

Tapi biasanya selepas dikukus kita masuk oven lagi untuk mengeringkan sahaja supaya bila dipotong cantik jadiannya.
Rasanya juga sedap lebih-lebih lagi dimakan bersama rendang dan nasi himpit.



Nama Fazura ‘trending’ cari lemang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker