Tergamak bapa cabul anak perempuan lima tahun


KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak perempuan kandungnya berusia lima tahun pada tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah mencabul pada bahagian kemaluan anak kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan dua kali sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan dua kali sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Pasir Puteh kira-kira pukul 3 petang pada bulan Mac tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Faizuan memohon agar mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi lelaki itu.

Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan bahawa dia mempunyai tanggungan anak dan isteri yang kini sedang sakit.

“Saya tidak buat benda ini (cabul anak) dan tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Jun depan. K Online

Bapa didakwa rogol anak kandung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker