Guru Besar mengaku bersalah terima rasuah


KUANTAN – Seorang guru besar sekolah rendah di Cameron Highlands mengaku bersalah di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzari ke atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6,918 pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Sahrum Ayumi Yusoff, 54 mengaku kesemua pertuduhan ketika berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Rata telah mendapatkan dirinya suatu benda berharga dengan tiada balasan iaitu wang berjumlah RM6,918 daripada Zainal Muhammad.

Suapan diterima menggunakan transaksi akaun Maybank milik tertuduh pada bulan Ogos, September dan Disember 2018 sebagai imbuhan untuk kelulusan tender pembekalan makanan di sekolah itu yang diketahui ada hubungan rasmi dengan tugasnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan menerima suapan berjumlah RM2,430 pada 16 Ogos 2018 manakala pertuduhan kedua melibatkan tertuduh menerima suapan kedua pada 24 September 2018 bernilai RM765.

Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, pada 17 Disember 2018, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM3,723

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh bapa dua orang anak itu di Maybank Islamik Berhad cawangan Kuala Rompin, No 21 dan 22 Jalan Utama, Bandar Rompin.

Tertuduh yang diwakili peguam Zameri Mat Nawang, memohon hukuman minimum daripada mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah anak guamnya dan kerjasama yang diberikan sepanjang perbincaraan berlangsung serta situasi masa depan tertuduh yang akan ditamatkan perkhidmatan.

Pengumbela juga memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh dengan alasan isteri tidak bekerja dan seorang anaknya masih bersekolah, selain daripada menjaga ibu uzur dan menanggung seorang anak saudara serta mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

Dalam penghujahan balas, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin memohon mahkamah agar memberi hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat tanpa mengambil kira nilai suapan sekali gus perbuatan tertuduh menerima suapan mencalar imej pernjawat awam.

Kesemua kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua- duanya sekali, jika dapati bersalah.

Bagaimanapun hakim memutuskan hukuman denda RM5,000 bagi setiap satu pertuduhan,jika gagal membayar denda dikenakan hukuman enam bulan penjara dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM20,000 dilucutkan hak Kerajaan Malaysia kepada SPRM. MG

Guru besar didakwa terima rasuah lebih RM6,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker