Hanya penerbangan kargo dari India dibenarkan



Sebaran :


SEMUA penerbangan Malaysia Airlines dari India seperti didakwa tular dalam media sosial bukan penerbangan penumpang.

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan, hanya penerbangan kargo dari India yang dibenarkan memasuki Malaysia pada masa ini.

Menurut Ka Siong, semua penerbangan penumpang dari dan ke India telah dilarang memasuki Malaysia selari dengan arahan kerajaan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa pada 28 April lalu.



Beliau berkata, penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

Katanya, mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu dan dipraktikkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) selama berbulan-bulan sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.

“Beberapa penjelasan mesti dibuat berikutan dakwaan penerbangan Malaysia Airlines dari India dibenarkan memasuki Malaysia menjadi tular dalam media sosial.



“Tidak dinafikan, ia menimbulkan kegusaran ramai dan saya berharap penjelasan ini dapat meredakan keadaan.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAS Kargo di bawah kendalian MAB dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) juga telah mengesahkan fakta ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam tular dalam media sosial dakwaan Malaysia masih menerima kemasukan penerbangan dari India selepas merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari negara berkenaan dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.



Kes mutasi yang dikesan itu menimbulkan kegusaran ramai pihak apatah lagi setelah kerajaan telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa penerbangan keluar masuk dari India telah pun disekat buat sementara waktu sejak 28 April lalu.

Mengulas lanjut, Ka Siong menjelaskan semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas pekerja asing warga India yang memasuki Malaysia itu berlaku lebih awal iaitu pada 10 April.

Buat masa ini, kata beliau, pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di negara ini tetapi pengecualian dibuat kepada warganegara dari India tanpa melalui pemeriksaan Imigresen dan Kastam.



Baca artikel berkaitan: Kes varian India ada perjalanan dari Mumbai, 4 lagi kluster pendidikan dikesan

“Semua kru termasuk juruterbang, jurutera dan kru kabin tetap berada di atas kapal terbang dengan MAB melarang mana-mana krew penyelenggaraan pesawat dari India memasuki pesawat berkenaan.

“Untuk makluman, setelah mesyuarat MKN pada 28 April yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berakhir pada pukul 5 petang, saya telah menganjurkan perjumpaan secara maya pada pukul 5.10 petang dengan semua pihak berkepentingan berdasarkan hasil pertemuan tersebut.



“Walaupun saya sangat kesal dengan penyebaran beberapa maklumat salah mengenai status penerbangan ini, namun saya memberi jaminan bahawa kerajaan begitu prihatin dan peka dengan situasi di negara seluruh dunia dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan,” jelas beliau. Utv

Jangan ambil risiko dan jangan memperjudikan nyawa Rakyat – Najib Razak


Sebaran :


One thought on “Hanya penerbangan kargo dari India dibenarkan

  • semoga barangan dari india yang akan diterima oleh pelanggan di Malaysia melalui khidmat kurier akan dibersihkan dengan sanitizer…virus covid 19 boleh melekat pada permukaan bungkusan barangan…suhu dalam kargo pesawat selalunya tidak panas & boleh dikata sejuk…jangka hayat variant virus covid 19 dari india boleh bertahan lama pada suhu seperti ini…takut terpegang(pekerja kurier atau pelanggan) bungkusan yang melekat dengan variant virus covid 19 variant dari india ini jika tidak dibersihkan/dihapuskan dengan sanitizer

    Reply

Leave a Reply