‘Tunggu, saya akan dedahkan …’ – Hamid Bador


‘Tunggu, saya akan dedahkan …’ – Hamid Bador

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dipercayai akan melakukan pendedahan berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang tokoh berjawatan penting dan dipercayai berpangkat ‘Datuk Seri’.

Abdul Hamid dalam kenyataan ringkas kepada Astro AWANI mendakwa, individu tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan salah satu cabang institusi kepolisan negara dipercayai Cawangan Khas (Special Branch) bagi tujuan politik.

“Saya akan membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa untuk tujuan menekan musuh politik individu berkenaan,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (WhatsApp) di sini, pada Isnin.

Namun, Abdul Hamid tidak menyatakan bila pendedahan itu akan dilakukannya.

Abdul Hamid, 62, menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara pada Isnin. Timbalan beliau, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai KPN baharu berkuat kuasa 3 Mei, 2021.

Selain itu, pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara yang diadakan di Mes Pegawai Bukit Aman, Abdul Hamid yakin Acryl Sani mampu memberi banyak manfaat kepada kejayaan PDRM.

Beliau berkata, sokongan dan dokongan dari Ketua-ketua Polis Negeri dan Pengarah-pengarah Bahagian akan memastikan kejayaan Acryl Sani dalam pasukan. Awani

Kerajaan PN Jangan Buat Bodoh, Jawab Dakwaan Hamid Bador – Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker