Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 ketika panjat ke rumah teman wanita


PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini, dipercayai ketika cuba memanjat ke dalam rumah teman wanitanya semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa yang berusia 27 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, polis menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium dan sudah meninggal dunia.



“Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan ketika cuba memanjat masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap di bahagian dapur.

“Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. FMT

Remaja buang bayi teman wanita didakwa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker