AWIE KUTUK ‘ARTIS YOUTUBE’ DAN GELAR MEREKA ‘ARTIS PEROMPAK’

AWIE KUTUK 'ARTIS YOUTUBE' DAN GELAR MEREKA 'ARTIS PEROMPAK'

Penyanyi popular, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memohon persatuan yang mengendalikan industri hiburan di negara ini bersikap lebih peka sebelum mengiktiraf kumpulan ‘artis Youtube’ yang diibaratkannya sebagai ‘pengacau’ akan merosakkan industri seni tanah air jika tidak dikawal. Menurutnya, dia sendiri pernah membicarakan mengenai apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi artis pada masa kini hanya dengan mengambil lagu orang lain dan kemudian nyanyikan di YouTube, mereka sudah boleh dianggap penyanyi?

“Jangan mudah iktiraf kumpulan ‘artis perompak’ atau lebih tepatnya, ‘artis YouTube’ kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar.

“Kalaulah macam itu, habis kita yang susah tebas jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit, tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia?

“Artis YouTube, kau tak lalui proses yang betul. Jadi, saya minta kepada persatuan-persatuan yang mengemudi industri ini supaya kawal kewujudan mereka dari berleluasa,” katanya ditemui pada sidang media untuk Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan di Hotel LaCrista Melaka, baru- baru ini.

 

Bagi Awie, ‘artis YouTube’ yang bertindak sedemikian juga sebenarnya sudah merompak hasil seni penyanyi sebenar yang bersusah payah membina karier mereka melalui album dan lagu yang dirakamkan.

“Dulu, kita sibuk sangat asyik nak perangi cetak rompak tapi sekarang, lepas mereka ini (artis YouTube) keluar, nampak ‘follower’ bagus, TV pun panggil dan akhirnya, mereka ini yang sebenarnya mencetak rompak hasil karya seni daripada kami (penyanyi asal).

“Jadi saya minta pada persatuan-persatuan hiburan tanah air yang aktif supaya ketatkan sedikit undang-undang macam mana cara mereka ini (artis YouTube) untuk duduk dalam industri, sekurang-kurangnya buatlah satu album dengan 10 lagu dahulu.

“Bila dah ada lagu sendiri, barulah kita boleh mempertimbangkan mereka sebagai artis atau penyanyi. Janganlah ‘panjat’ (nyanyi) lagu orang itu, panjat lagu orang ini, lepas itu kau ubah sikit begitu dan begini.

“Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya merosakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri,” ujarnya dipetik sebagai sebagai kepada Harian Metro.

Sementara itu, Awie dijadualkan mengadakan persembahan nyanyianya di Hotel LaCrista, Melaka malam esok sebaik selepas tazkirah,doa, solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih di Hotel LaCista malam esok.

Pada masa sama, ‘Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan’ itu bakal mengubat kerinduan peminat selepas hampir dua tahun dia tidak muncul dalam persembahan pentas berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Awie bakal timang anak keenam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker