SPRM tahan petugas badan berkanun Sabah



Sebaran :

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua petugas sebuah badan berkanun Sabah yang disyaki menerima rasuah wang tunai kira-kira RM 2,700, semalam.

Difahamkan rasuah berkenaan diminta daripada pekerja yang menjalankan kerja-kerja pertanian di badan berkanun itu sebagai balasan mendapatkan kontrak kerja.

Menurut sumber seorang daripada suspek berusia 40-an ditahan di Tuaran pada jam 3.15 petang dan seorang lagi yang berusia 30-an ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada pukul 8.00 malam.



Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kedua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM 3,500 yang dipercayai juga diterima secara rasuah.

Karunanithy berkata, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.



Dilarang rentas negeri bawa ayah ke hospital, wanita ratap kematian arwah, hampa polis ‘biadab’

\


Sebaran :


Leave a Reply