Lelaki prank renjer diharamkan daki gunung 5 tahun
Lelaki prank renjer diharamkan daki gunung 5 tahun
JAKARTA – Seorang lelaki dari wilayah Kebumen, Jawa Tengah disenarai hitam selama lima tahun daripada mendaki Gunung Sindoro dan Gunung Slamet di Pulau Jawa kerana tindakannya mempermainkan petugas di situ, lapor Tribun-Pantura, kelmarin.
Lelaki dikenali sebagai Iqbal Fauzi Pratama itu didakwa sengaja mempermainkan renjer gunung atau ‘prank’ kerana mahu menjadikan aksinya sebagai kandungan media sosial TikTok.
Fauzi sempat tiba di puncak Gunung Sindoro sebelum berpura-pura sakit kaki ketika dalam perjalanan turun.
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Pengelola Basecamp Banaran, Kabupaten Wonosobo, Andika mengesahkan senarai hitam Fauzi dan memberitahu bahawa tindakan tersebut dilaksanakan sebagai pengajaran kepada pengunjung lain.
“Suspek dipercayai sengaja menyusahkan renjer gunung dalam salah satu aktiviti pendakian baru-baru ini apabila menipu kakinya sakit dan tidak mampu berjalan turun.
“Itu membuatkan renjer kami terpaksa berulang-alik ke basecamp (kem pangkalan) untuk mengambil kenderaan bagi membawa lelaki itu turun dengan selamat. Anehnya, sebaik tiba di bawah, dia terus berlari seperti biasa,” jelas Andika.
Tambah Andika, perbuatan Fauzi adalah tidak wajar kerana dia seperti merendah-rendahkan pekerjaan seorang renjer gunung dan menjadikannya gurauan di media sosial. K Online
Lelaki prank renjer diharamkan daki gunung 5 tahun
You must be logged in to post a comment.