Covid-19: MB Selangor panggil sidang khas esok

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Negeri Selangor) pada Jumaat (esok) susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis, Amirudin memaklumkan, sidang khas itu bertujuan meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, mesyuarat esok juga akan membincangkan syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000

Dilarang rentas negeri bawa ayah ke hospital, wanita ratap kematian arwah, hampa polis ‘biadab’

“Hari ini hari ketiga berturut-turut kes baru Covid-19 kembali mencecah empat angkat, esok pagi (Jumaat) saya memanggil sidang khas bagi meneliti semula pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor,” katanya.

Berdasarkan pecahan kes Covid-19 pada Khamis, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522) dan Kelantan (401).

 

 

 

https://mykmu.net/2021/04/29/annuar-nora-nafi-bernikah/

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker