Biodata Artis Nora

Berikut adalah Biodata, Profile dan Latar Belakang Artis Nora yang telah dikemaskini pada 29 Apr 2021. Nora atau nama sepenuhnya Datuk Wan Norafizah binti Dato’ Wan Ariffin lahir  pada 26 Julai 1973 atau lebih dikenali sebagai Datuk Nora atau kini Nora J atau Nora Ariffin, merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits “Di Persimpangan Dilema” ciptaan Adnan Abu Hassan. Beliau berasal dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.

Nora mula mengorak langkah dalam dunia seni suara dengan menjuarai Bintang HMI pada tahun 1991.

Nora, pada usia 18 tahun mula berkecimpung dalam bidang muzik dengan menyertai Bintang HMI sekaligus dinobatkan sebagai juara. Ketika itu, Nora menyampaikan lagu dari Diva kesayangan Malaysia dan Singapura iaitu Anita Sarawak dengan lagunya “Akhirnya Kini Pasti”.

Pada 11 Februari 2012, Nora dan suaminya Johan Nawawi melancarkan siri animasi 26 episod bertajuk ‘Ummi…Ceritalah Pada Kami’. Animasi ini diterbitkan syarikat produksi Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi iaitu Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd. Penerbitannya dalam format 3 dimensi (3D) itu dihasilkan pada kualiti yang tinggi bagi mencapai standard animasi antarabangsa. 13 episod sudah siap dan dijadual ditayangkan pada Jun 2012.Mereka mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC).

Suara Nora sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan).

Beliau berkahwin dengan komposer terkenal, Johan Nawawi dari 1992 hingga 2017, mereka dikurniakan empat anak, dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Anak keduanya, Muhammad Syakir Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 pada usia 20 tahun akibat satu penyakit yang tidak diketahui.

Datuk Nora
PMW (WP)
Nama lahir Wan Norafizah binti Ariffin
Juga dikenali sebagai
Nora, Nora J, Nora Ariffin
Kelahiran 26 Julai 1973 (umur 47)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Genre Pop, Balada R&B, Etnik Kreatif, Tarian, Muzik dunia
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1991–kini
Syarikat rakaman
Warner Music, BMG, JAM Records, Universal Music, Warner Music, JNSB

 

FOTO

 

 

 

Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat – Nora

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker