Kes Dr. Akmal dirujuk AGC minggu depan

Kes Dr. Akmal dirujuk AGC minggu depan

Kertas siasatan berkait ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ akan dirujuk Pejabat Peguam Negara (AGC) minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan itu dalam tempoh lima hari.

“Keterangan beliau (Dr. Akmal) sudah diambil semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

“Dalam tempoh lima hari kita akan hantar ke AGC untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung ucapan dan tindakan Dr. Akmal berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Akmal dilaporkan lantang bersuara mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah yang didapati dijual di kedai serbaneka KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).

Beliau turut menggerakkan boikot terhadap KK Super Mart sekiranya tidak memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas insiden itu. K Online

Kes Dr. Akmal dirujuk AGC minggu depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker