Empat penyelam warga asing dikhuatiri lemas

 

MERSING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor mengaktifkan operasi carilamat (SAR) bagi mengesan empat penyelam warga asing yang dipercayai lemas di Pulau Tokong Sanggol di sini, pada Rabu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.35 petang.



“Berdasarkan maklumat, kita percaya terdapat empat penyelam warga asing yang tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar jam 12 tengah hari pada Rabu.

“Mangsa terdiri daripada dua lelaki warga Britain berusia 14 tahun dan 46 tahun, seorang wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan seorang wanita warga Norway berusia 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Nurul Hizam berkata, operasi carilamat turut melibatkan aset daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.

“Sehingga jam 4 petang, tiada sebarang penemuan mangsa lagi yang mana sehingga kini keluasan pencarian adalah dianggarkan seluas 21.45 batu nautika persegi,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka



Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker