“My Wedding Dress” Adik Neelofa, Ameera Khan Nak Bernikah Pula?

Selepas kita dikejutkan dengan berita gembira mengenai Pernikahan antara Noor Neelofa dan Haris Ismail kini timbul pula berita Ameera Khan Nak Bernikah Pula. Adakah dalam masa terdekat ini, satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan bagi menyambut ahli keluarga baharu?

Adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah memuat naik beberapa dress serba mewah di Instagram story miliknya pada 25 April lalu.

“My wedding dress from Dior”

Dalam masa yang sama pada pagi 26 April, Ameera turut memuat naik foto kubah di sebuah masjid yang dikunjunginya

Namun, kesahihan perkara tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan memandangkan keluarga mereka ini penuh dengan kejutan dan teka-teki.

Sebelum ini pun, secara tiba-tiba kakak sulung mereka iaitu Noor Nabila turut telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran tanpa pengetahuan awal umum.

Apa pun, apa salahnya kalau benar jika tidak lama lagi Ameera juga akan mendirikan rumah tangga, mungkin sudah sampai jodoh untuknya.

Boleh jadi juga Ameera hanya bergurau kan, tapi apa pun kalau ia benar berlaku mesti berita itu akan dikongsikan kepada umum.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

Adik Neelofa Ameera Khan Up Gambar Baru, Sekali Kena Selar Dengan Warga Maya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker