Pelajar positif COVID-19, tiga sekolah masih ditutup di Kedah – JKN Kedah

ALOR SETAR: Tiga buah sekolah di negeri Kedah masih lagi ditutup susulan penularan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang, sekolah yang terlibat adalah Maktab Mahmud Baling dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling di daerah Baling serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) di daerah Kota Setar.

Tambahnya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) negeri Kedah mengesahkan bahawa penularan di SMKAK adalah daripada Kluster Dinamik manakala Kluster Jalan Weng di Maktab Mahmud Baling.



Beliau turut menjelaskan bahawa rawatan keatas pelajar yang didapati positif COVID-19 dijalankan di dua lokasi iaitu Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa hospital bagi yang berada pada kategori dua dan tiga selain di asrama sekolah bagi pelajar yang berada pada kategori satu.

Dalam pada itu, Dr Fikri menyatakan bahawa pihaknya kini sedang giat melaksanakan pengesanan kontak rapat dalam kalangan pelajar guru, dan staf pengurusan sekolah berkenaan.

“Yang dikenal pasti (adalah) sekolah Maktab Mahmud (Baling) yang telah pun ditutup, (arahan) penutupan (adalah dari) pihak Jabatan Pendidikan (Negeri), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah di Mergong (juga) telah ditutup tiga hari dan akan disambung lagi tujuh hari,

[VIDEO] KRI Nanggala – 402 Pecah Tiga Bahagian



“Satu lagi sekolah (iaitu di SMK Baling), saya tidak pasti (mengenai dari Kluster mana sekolah berkenaan kerana) saya belum dapat maklumat lanjut lagi,

“Saya tidak pasti di Baling itu (melibatkan mukim mana) tetapi yang di Alor Setar adalah melibatkan mukim Mergong, itu adalah kluster Jalan Weng (di Maktab Mahmud Baling) dan Kluster Dinamik (di SMKAK)” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kedah di JKN, Alor Setar, pada Ahad.



Sementara itu, Dr Fikri menyatakan bahawa pihak JKN turut melakukan pemasangan bunting peringatan di kawasan zon merah serta meningkatkan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain dalam mengekang penularan COVID-19.

Berdasarkan rekod, Maktab Mahmud Baling mula ditutup sejak Ahad lalu susulan 35 pelajar di sekolah berkenaan didapati positif COVID-19.

Penutupan SMK Agama Kedah pula dibuat sejak Rabu lalu selepas 15 pelajar didapati positif COVID-19 selain laporan daripada JKN Kedah mendapati terdapat 16 kes baharu melibatkan kluster yang sama iaitu Kluster Dinamik hari ini.

Selain itu, SMK Baling pula ditutup pada Khamis lepas sehingga 28 April susulan lima pelajar sekolah berkenaan didapati positif COVID-19.



Sokong Kerajaan PN Kekal Sehingga Ogos – Tajuddin Rahman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker