Sokong Kerajaan PN Kekal Sehingga Ogos – Tajuddin Rahman



Sebaran :

MESYUARAT Majlis Tertinggi UMNO hari ini tidak membincangkan tarikh keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lalu sudah memutuskan UMNO akan menarik diri pada bulan Ogos sebaik darurat tamat.

“Tak ada bincang. Kita sudah putuskan apa. Nak bincang apa lagi. Perhimpunan Agung UMNO sudah putus sehingga 1 Ogos.



“Selagi tidak sampai ogos kita kekal menyokong kerajaan perikatan nasional. Itu adalah keputusan dalam PAU. Majlis Tertinggi kita ikutlah kita laksanakan apa yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO,” kata Tajuddin yang ditemui sebaik Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selesai petang tadi.

Pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada Mac lalu perwakilan memberi mandat kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memutuskan tarikh untuk parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Banyak pihak memberi perhatian kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kerana ia pertama kali diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 selesai.



Mesyuarat MT Umno capai sepakat gesa parlimen bersidang

Sementara itu Tajuddin juga berkata, mesyuarat tersebut tidak memutuskan tarikh pemilihan parti akan diadakan.

Jelas beliau, pada ketika ini tidak ada keperluan mendesak untuk melakukan pemilihan parti.

“Pemilihan ada bincang. Tak ada tarikh. Pasal banyak perkara yang kena ambil tahu. Tentang kedudukan Covid-19, SOP dan sebagainya. Banyak perkara yang kena ambil kiralah kalau kita nak adakan perhimpunan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri.



“Jadi tidak semudah itu bagi mengadakan mesyuarat pemilihan. Nak dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara dan beberapa pihak nak dirujuk supaya apa yang kita mahu bincang licin dan lancar dan tidak dipertikaikan nanti.

“Kita tidak mahu kerana pemilihan perhatian kita kepada masalah rakyat sudah diketepikan. Pemilihan tidak mendesak. Tidak ada siapapun yang mendesak,” katanya.-SM

Umno minta nasihat JPPM, MKN adakan pemilihan parti


Sebaran :


Leave a Reply