Wanita pukul ibu dengan penyapu ditangkap polis

BUTTERWORTH: Seorang wanita yang didakwa memukul ibunya dengan penyapu  Khamis lalu ditahan polis di sebuah rumah di Flat Bagan Dalam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.20 pagi.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan tidak mengaku memukul ibunya dengan penyapu dan telefon bimbit.

“Namun, kita menahan reman suspek selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, polis turut merampas sebatang penyapu plastik yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul ibunya ketika kejadian.

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas wanita itu bagaimanapun mendapati dia negatif dadah.

Mesyuarat MT Umno capai sepakat gesa parlimen bersidang

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi Khamis lalu, ibu suspek berusia 59 tahun mendakwa dipukul beberapa kali pada lengan dan kepalanya diketuk dengan telefon bimbit di rumah yang didiami suspek di Pangsapuri Sri Bagan di sini.

Kejadian itu berlaku selepas ibu suspek bertindak menghalau rakan lelaki suspek ketika mendapati kelibat lelaki berkenaan di dalam rumah semasa baru tiba untuk melawat anaknya itu.

Suspek yang dikatakan penagih dadah tegar tersebut berbuat demikian selepas berang dengan tindakan ibunya itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan

Sokong Anwar: Dakwaan Shahidan perlu dibuktikan dengan fakta – Guan Eng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker