Biodata Aktor Amar Baharin

 

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Aktor Amar Baharin yang telah dikemaskini pada 25 Apr 2021. Amar Baharin atau nama sebenarnya  Amar bin Mohd Baharin (lahir 1 Julai 1985 ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Antara drama terkenal beliau ialah Janji KekasihKhurafat The SeriesCik Bunga Encik SombongTersuka Tanpa SengajaKalis Kasih dan Cemburu Seorang Perempuan.

Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, kepada pasangan Mohd Baharin Amir dan Nor Hayati Abd Aziz. Mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu, Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.

Amar Baharin
Kelahiran
Amar bin Mohd Baharin

1 Julai 1985 (umur 35)

Kajang, Selangor, Malaysia
Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif
  • 2004–2005
  • 2008–kini
Pasangan Amyra Rosli (k. 2016)
Anak 2

Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon baharu dalam bidang lakonan, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong. Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada 22 Julai 2016  dan berkahwin pada 11 November. Pada 15 Oktober 2017, Amar dan Amyra dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. Pada 2 Februari 2020, mereka dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan. Pada 8 Februari, Amar dan Amyra menamakan bayi perempuan mereka Ayra Arissa, mereka juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.

FOTO

 

VIDEO

Biodata pelakon Amyra Rosli

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker