Biodata pelakon Amyra Rosli

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Pelakon Amyra Rosli yang dikemaskini pada 25 Apr 2021. Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati binti Rosli (lahir 24 Ogos 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta watak tajuk dalam drama Nur dan kesinambungannya di TV3. Selain kerjaya lakonan, Amyra menjadi duta kepada produk kosmetik AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim Baskin-Robbins.

Beliau dilahirkan sebagai Nur Amira Izzati binti Rosli pada 24 Ogos 1991 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad (bekas Pengurus A&R di Warner Music Malaysia) dan Rosli Ahmad. Beliau merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Amyra Rosli
Kelahiran
Nur Amira Izzati binti Rosli

24 Ogos 1991 (umur 29)

Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pendidikan Diploma Teater
Pusat pendidikan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Pekerjaan Pelakon, duta, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif 2009, 2011–kini
Ketinggian 5 ft 3 in (1.6 m)
Pasangan Amar Baharin (berkahwin 2016)
Anak 2

 

FOTO

VIDEO

Amyra tak boleh bersentuhan pelakon lelaki

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker