Kena Mata Ibu…Anak Berebut ‘Chopstick’,

Mata kanan seorang wanita mengalami pendarahan setelah tercucuk dengan penyepit makanan yang sedang direbut oleh dua orang anaknya di rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu lalu.

Wanita berkenaan, Fariedah Ibrahim, 25, menerusi kenyataannya di Facebook berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang solat berjemaah dengan suaminya.

Katanya, ketika hendak sujud, secara tiba-tiba penglihatannya menjadi gelap, dengan warna yang jelas adalah biru seakan-akan siaran televisyen terputus dengan dirinya meronta-ronta ekoran mengalami kesakitan melampau.



“Rupanya kakak berebut chopstick (penyepit makanan) dengan adik pastu terlajak tangan cucuk kena mata umi.

“Patutlah rasa macam gelap dunia, buka perlahan-lahan mata suruh suami periksa. Innalillah ada luka pendarahan dalam mata. Apa lagi, pecut pergi kecemasan, tak boleh buka mata sebelah,” katanya.

Ujarnya, pengajaran daripada kejadian yang menimpanya adalah ibu bapa perlu terus merampas jika ternampak anak-anak bermain dengan benda tajam dan jangan bersikap leka.

“Alhamdulillah, mujur tak kena pada anak-anak,” katanya. – KO



Berebut lelaki rupanya…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker