Ozil Derma RM502,000..Baiknya Hati Beliau



Sebaran :

Berlin: Pemain tengah Fenerbahce, Mesut Ozil menderma sebanyak 101,000 euro (RM502,000) kepada pasukan Bulan Sabit Merah Turki untuk kempen bantuan yang dijalankan pada bulan Ramadan.

Bulan Sabit Merah Turki dalam satu kenyataan berkata, derma yang disumbangkan oleh Ozil itu akan digunakan untuk menyediakan 2,800 bungkusan makanan kepada golongan yang amat memerlukan di Turki.

Selain itu, 1,000 bungkusan makanan akan di hantar ke Indonesia, 750 bungkusan lagi untuk Muslim Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.



Kenyataan itu turut berkata, juadah berbuka juga akan diberikan kepada anak yatim di Syria dan ibu kota Somalia, Mogadishu sepanjang bulan suci itu.

Presiden Bulan Sabit Merah Turki, Dr Kerem Kinik berkata, sejak beberapa tahun lalu Ozil berjaya mengukirkan senyuman kegembiraan kepada ribuan kanak-kanak di kebanyakan negara.

Ozil adalah pemain profesional kelahiran Turki-Jerman yang pernah beraksi bersama kelab terkemuka, Arsenal di Liga Perdana Inggeris.



Sebab status Islam, Arsenal didakwa sisih Ozil


Sebaran :


Leave a Reply