Sebab status Islam, Arsenal didakwa sisih Ozil

London: Arsenal didakwa bersikap berat sebelah dan menunjukkan diskriminasi terhadap Mesut Ozil, demikian kandungan surat terbuka Majlis Persatuan Cypriot Turki kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ozil yang beragama Islam dan memenangi Piala Dunia didakwa tidak mendapat layanan sepatutnya.

Surat itu turut menuduh Arsenal mempunyai sikap diskriminasi tinggi terhadap komuniti beragama Islam.



Organisasi itu terdiri daripada etnik Turki berasal dari Cyprus di UK dengan populasi seramai 30,000 orang.

Pengerusi persatuan itu, Ertugrul Mehmet mendakwa cara kelab melayan Ozil sangat berbeza berbanding barisan pemain bukan British lain yang turut menentang ketidakadilan.

Arsenal ‘menjauhkan diri’ ketika Ozil mengkritik kerajaan China yang melayan teruk etnik Uighur Disember tahun lalu.

Kandungan surat itu turut mendakwa Gunners tidak melakukan pendekatan sama apabila rakan sepasukan Ozil, Hector Bellerin menggesa orang ramai keluar mengundi ketika pilihanraya umum UK dengan tanda pagar berunsur kecaman terhadap Perdana Menteri, Boris Johnson

Kelab juga menyokong kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang dan penyokong Nigeria bulan lalu yang mengadakan protes menentang keganasan dilakukan anggota polis-HM



ICERD ‘jerat’ hak keistimewaan orang Melayu, bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker