Dakwaan ‘kumpul kekayaan’, Anwar mohon lanjutan masa, Mahathir tiada bantahan
Mahathir bersetuju memberi masa lanjutan sehingga Isnin minggu depan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjawab notis tuntutan berhubung dakwaan dirinya mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa .
Dalam satu kenyataan, peguam Mahathir menerusi Tetuan Rafique berkata bekas perdana menteri itu tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan untuk lanjutan masa daripada peguam Anwar, iaitu Tetuan Thomas Phillip yang memohon hingga 17 April untuk menjawab notis tuntutan tersebut.
“Anak guam kami tiada halangan kepada permintaan itu… anak guam kami juga merizabkan segala haknya dalam tuntutan ini,” kata firma guaman itu.
Sebelum ini, surat tuntutan Mahathir, yang bertarikh 27 Mac, memberi Anwar sehingga semalam untuk menjawab.
Mahathir merujuk kepada kenyataan Anwar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lau yang didakwa memfitnahnya.
Dia berkata walaupun Anwar tidak menyebut namanya dalam ucapannya itu tetapi berdasarkan laporan media, orang ramai faham tuduhan itu dilemparkan kepada dirinya..
Bekas perdana menteri itu berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya iaitu dia mempunyai berbilion ringgit dan mengagihkan untuk keluarga, anak dan sebagainya serta dia seorang penyangak.
Mahathir berkata, ini memberi gambaran yang amat buruk terhadapnya dan adalah satu fitnah, melainkan Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa dia (Mahathir) sudah mendapat berbilion ringgit dan melarikan duit itu ke luar negara serta tidak membayar cukai.
Jelasnya, walaupun pernah melemparkan tuduhan hampir sama sebelum ini (sebelum menjadi perdana menteri) tetapi Anwar kini adalah perdana menteri yang mesti bertanggungjawab dan tidak boleh membuat tuduhan dengan begitu saja tanpa bukti jelas.
Mahathir berkata, dia mahu Anwar menarik balik fitnah yang dilemparkan itu atau menunjukkan bukti dan jika tidak dijawab maka tindakan undang-undang akan diambil.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.