Biodata Artis Fazura
Biodata Artis Fazura Profail dan Latar Belakang
Nur Fazura Sharifuddin (Jawi: نور فازورا بنت شريف الدين; lahir 27 September 1983) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.
Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah yang “bergaya” dan “menawan”. Sehingga 2017, Beliau telah berlakon sebanyak 16 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen. Beliau juga menjadi juri di rancangan televisyen komedi Maharaja Lawak Mega.
Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.[3] Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Fazura telah menjadi jurucakap bagi pelbagai produk seperti Pantene, Nutox dan Lux.
Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau merakamkan single sulungnya, “Sayangi Dirimu” pada 14 Disember 2014, yang menjadi lagu tema rancangan dokumentari biografinya, Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E!. Fazura melancarkan album solo pertamanya pada 2 November 2017.
BIODATA
Nur Fazura
|
|
---|---|
نور فازورا
|
|
Kelahiran |
Nur Fazura binti Sharifuddin
27 September 1983 Pekan, Pahang, Malaysia
|
Nama lain |
|
Pusat pendidikan | Kolej Rekaan Fesyen |
Pekerjaan |
|
Karya terkenal
|
Televisyen: Teen’s World Tahajjud Cinta Kisah Cinta Facing Up To Fazura Hero Seorang Cinderella Filem: Bicara Hati Gol & Gincu Pisau Cukur Manisnya Cinta Di Cappadoccia Langit Cinta |
Ketinggian | 165 sentim (65 in) |
Pasangan | Fattah Amin (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Fadhillah Dato’ Nasir |
Bapa | Sharifuddin Adnan |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2014–kini |
Syarikat rakaman
|
Universal Music Malaysia |
Kehidupan awal
Fazura dilahirkan pada hari Selasa, 27 September 1983 Masihi bersamaan 19 Zulhijjah 1403 Hijrah di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Sharifuddin bin Adnan (17 Jun 1956–14 September 2000) dan Fadhillah binti Nasir (lahir 11 Julai 1958), beliau mempunyai dua abang dan seorang adik lelaki. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya, bapanya meninggal dunia ketika Fazura berusia 17 tahun. Beliau mendapat pendidikannya di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat di kampung halamannya dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Rekaan Fesyen dan mempelajari fesyen sebelum berhenti beberapa bulan kemudian dengan berkata: “Kerana minat saya berkurangan selepas beberapa ketika. dan juga kerana sentiasa mendapat semua tawaran yang diberikan untuknya. Beliau meraih salah seorang daripada mereka dan memberitahu dirinya bahawa “Inilah di mana saya akan bermula. Lakukan salah satu perkara lakonan dan kemudian melupakannya. Sekurang-kurangnya, saya telah melakukannya”.Bakatnya dikesan oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil.
Kehidupan peribadi
Sejak bergelar anak seni, Fazura sering menjadi tajuk utama di halaman akhbar dan menarik perhatian petugas media, serta tidak putus-putus dilanda masalah dan menjadi sasaran gosip sensasi biarpun apa sahaja yang dilakukannya.] Beliau mudah “dituduh” sebagai seorang yang sombong kerana kesukaran pihak media untuk menemuramahnya dan turut mengakui bahawa dia merupakan seorang yang bersuara lantang dan sikap ini seringkali disalahtafsir oleh pihak media dan kebanyakan wartawan ingin menemubualnya pada waktu-waktu yang tidak sesuai,] terutama pada waktu beliau berehat. Dalam temuramah bersama mStar Online pada 20 Mei 2006, beliau berkata:
“Sesetengah media suka bertanya soalan-soalan yang tidak penting seperti hal-hal peribadi saya. Inilah antara sebab saya tidak mahu melayan mereka,”
Fazura ingin lebih berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mahu kehidupan peribadinya menjadi bahan bualan di media sosial, beliau juga mengakui dirinya sangat berahsia dan tidak mudah menerima orang lain mendekati dirinya, termasuk rakan-rakan. Di dalam temuramah, beliau berkata: “Kalau tidak pandai menguruskan kehidupan, kita akan membuka lebih banyak (perkara) mengenai diri kita kepada umum. Menerusi media sosial saja, masyarakat boleh melihat pelbagai sudut mengenai diri kita dan mereka boleh melemparkan pelbagai komen atau sebagainya. Begitu juga dengan berkawan. Andai kata ada kawan yang membawa rakan lain ketika kami keluar bersama-sama, saya akan berhati-hati,”
Pada awal 2007, beliau dilaporkan menjalin hubungan bersama penyanyi dan pemenang Singapore Idol musim kedua, Hady Mirza selepas kedua-duanya bertemu buat pertama kali di MTV Hip-Hop Party di Sound Club pada 30 November 2006. Menurut sumber, “Dia (Hady) sangat rapat dengan (Fazura), mereka bercakap hampir setiap hari di telefon”. Menjawab khabar angin melalui SMS, Fazura berkata, “Walaupun saya agak terbuka mengenai kehidupan dan kerja saya, saya benar-benar berharap untuk menjaga kehidupan peribadi saya. Saya lebih suka tidak mengulas mengenai spekulasi…” Dalam satu temuramah, Fazura berkata dalam hati, “saya lebih suka tidak mengatakan ya atau tidak mengenai gosip”.Fazura berkawan rapat dengan hos TV dan penyanyi Cheryl Samad dan pelakon Gol & Gincu, Sazzy Falak.
Rezeki ‘Fattah’, kedai ‘tinted’ kereta tawar diskaun 50 peratus!
Sekitar 2013, khabar angin timbul apabila Fazura menjalin hubungan dengan pelakon, Shaheizy Sam ketika sama-sama berlakon dalam drama Kisah Cinta yang disiarkan di Slot Lestary TV3. Dalam rancangan Facing Up To Fazura, Fazura membuat pengakuan yang beliau pernah bercinta dengan Sam. Percintaan mereka berlaku pada 2012 yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia arahan Bernard Chauly. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran dan dikatakan seperti belangkas, dan tidak dapat dipisahkan. Pada tahun yang sama, Fazura bertemu seorang lelaki Amerika, Randy Seidman, yang juga seorang DJ dan penerbit muzik. Randy juga mencipta sebuah lagu bertajuk Fazura dan boleh didengari menerusi YouTube
Pada tahun 2017, Fazura dilaporkan mempunyai hubungan intim dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Fattah Amin. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria hingga peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura. Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya beliau dijodohkan dengan Fattah. Pada 23 November, Fazura dan Fattah mengumumkan pertunangan mereka. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi pada satu sidang akhbar. Fazura dan pasangannya, Fattah selamat diijabkabulkan pada 27 November 2017 di satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz pada jam 9:50 malam. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat tanpa kehadiran petugas media.
Pada Februari 2019, Fazura dikehendaki membayar RM156,000 kepada pemilik Maydan Trading kerana gagal memenuhi peranannya sebagai duta jenama Q-Tab, rambut, kuku dan produk kesihatan rawatan kulit.
Pada 2 Oktober 2020, Fazura dan Fattah dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya.
Pada 13 September 2024, Fazura telah memfailkan penceraian terhadap Fattah.
You must be logged in to post a comment.