8 daerah di Sabah diisytihar kawasan wabak African Swine Flu (Demam Babi Afrika)


KOTA KINABALU – Lapan daerah iaitu Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kota Marudu, Sandakan, Telupid dan Tongod disytiharkan sebagai kawasan penularan Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata jangkitan virus ASF yang menyerang ternakan babi dan babi hutan itu turut dikesan di Tawau dan Nabawan, namun kedua-dua daerah ini belum diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

Beliau berkata setakat 18 Apri lepas, sejumlah 398 babi telah dilupuskan sementara 535 ekor lagi mati disebabkan ASF.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) telah menjalankan 234 kempen kesedaran di 14 daerah, yang bukan sahaja untuk mendidik masyarakat tentang penyakit ini, tetapi juga menunjukkan usaha kerajaan dalam memastikan wabak ini tidak menular ke daerah lain.

“Walaupun Sandakan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak ASF, namun wabak ini belum lagi merebak ke ladang pengeluaran babi utama di daerah itu. Virus ASF ini hanya membawa maut kepada babi, namun ia tidak berbahaya kepada manusia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kitingan berkata, JPVS telah melaksanakan peraturan baharu untuk melindungi babi komersial, termasuk mendapatkan permit khas daripada jabatan itu untuk membolehkan babi hidup dan produk babi dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Gerai menjual daging babi yang dijangkiti virus ASF akan ditutup sehari untuk melaksanakan kerja-kerja kontaminasi dan pembersihan, manakala produk daging babi hanya akan dijual setelah disaring dan didapati bebas daripada virus ASF.
“Penternakan babi yang disyaki menjadi punca babi dijangkiti ASF pula akan dikuarantin sehingga tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya. Bernama

Sisa kumbahan babi ‘hantui’ penduduk Tamparuli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker