Biodata Aktor Fattah Amin

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Fattah Amin diKemaskini pada 23 Apr 2021. Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968), Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.



 

Fattah Amin
Fattah ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 23 September 2014.
Kelahiran
Abdul Fattah bin Mohd Amin

14 September 1990 (umur 30)

Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Diploma Pengurusan Industri Kreatif
Pusat pendidikan
  • Universiti Teknologi MARA (UITM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • pengacara
  • model
  • duta
  • usahawan
Tahun aktif 2011–kini
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Pasangan Nur Fazura (k. 2017)
Anak 1
Ibu bapa
  • Mohd Amin Musa (bapa)
  • Azizah Abdul Ghani (ibu)
Saudara Farhan (adik)
Farhana (adik)
Raihan (adik)
Intan (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2013–kini
Pengkarya berkait
Aizat Amdan, Anas Amdan, Mel Ramlan, Fazura, Alvin Chong

Biodata Artis Fazura



FOTO

 



Fattah Amin menang Aktor Terbaik WFC Singapore 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker