Fahmi Reza ditahan, disiasat bawah Akta Hasutan



Sebaran :


PETALING JAYA: Pereka grafik Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya kira-kira 7 malam tadi, dipercayai berhubung catatan kontroversinya di media sosial.

Peguamnya, Yohendran Nadarajan memberitahu FMT, Fahmi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, pasukan polis tiba di rumah anak guamnya sekitar 6 petang sebelum memecah masuk kediaman itu 45 minit kemudian. Kira-kira enam anggota polis terbabit dalam penahanan itu.



“Mereka hanya kata dia disiasat, tetapi tidak menyatakan secara khusus untuk apa. Permohonan perintah reman akan didengar 10 pagi esok, jadi kita hanya akan tahu kemudian.”

Baru-baru ini, Fahmi menghasilkan beberapa senarai “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berhubung komen di akaun Instagram peribadinya.

Satu daripada catatan itu adalah memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti bubur lambuk, roti John dan cucur jagung.



Seorang daripada pengikutnya bertanya sama ada tukang masak istana turut divaksin, Tunku Azizah menjawab “Dengki ke?”

Jawapan itu segera mendapat tumpuan di Twitter, dengan ramai pengguna menjadikan istilah itu sebagai “hashtag”.

Fahmi menghasilkan beberapa “playlist” di Spotify bertajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Tunku Azizah.



“Playlist” itu kemudiannya dipadam oleh Spotify, menyebabkan Fahmi beralih kepada Apple Music.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan polis terhadap Fahmi atas dakwaan beliau menghina Tunku Azizah. FMT

Fahmi Reza Muat 100 Lagu Bertema Dengki Dengan Wajah Tunku Azizah


Sebaran :


Leave a Reply